Semanis kek, semasam senyuman.

Tajuk entri ni memang pelik kan. Semanis kek, semasam senyuman.


Bila tengok kek---> terbayang sedapnya kek tu---> teringin nak makan---> tak cukup dana---> tak dapat makan---> rasa geram---> delete gambar kek. HAHA

Siapa tahu makan makanan feveret kita ni keperluan ke kehendak ?

Keperluan :
1. perihal perlu: ~ akan air paip sangat terasa di setengah-setengah kampung; 
2. sesuatu yg diperlukan, keharusan, kemestian: undang-undang yg sempurna dan adil adalah suatu ~ utk mencapai pemerintahan yg baik; 
3. sesuatu yg diperlukan (dikehendaki), sesuatu yg berguna, kepentingan: wang drpd gajinya sahaja tidak cukup untuk membeli ~ hidup utk keluarganya; ~ bersama kepentingan bersama; utk (bagi, buat, guna) ~ perlu atau digunakan utk; 
4. hajat, kehendak, maksud, tujuan: ia tidak ada ~ apa-apa, hanya utk berkenal-kenal dgn mereka sahaja.
(Keperluan asas)

Kehendak :
~ hati hajat, keinginan, ke­mahu­an yg keras: tanyakan kepadanya apa ~nya datang itu;
(Sesuatu yang dihajati.)

  -rujukan DBP

Ya kehendak. Oleh itu terpaksa la telan air liur je.

Jadi nak kongsi resepi Russian Black & White Cake  *Noor Dz Salleh



Nampak sedap kan ? Kalau tak nampak sila zoom. Tatap puas-puas. Ok, resipi ni cuma copy paste je. *sbb suka sgt*

Bhn Adunan Kek (boleh guna mane2 resepi chocolate moist cake)

Bhn A-1 1/2 cwn serbuk koko
-1 cwn air masak
-1/2 cwn gula halus

Bhn B-2 cwn tepung naik sendiri
-1 1/2 cwn gula halus
-1sb ovalete
-250g mentega
-5 biji telur A

- satukan bahan A - pukul sekejap dgn mixer - ketepikan
- pukul mentega + gula hingga kembang
- masuk ovalete + telur satu persatu sambil pukul sebat
- masuk bahan A tadi - pukul sebati
- masuk tepung - pukul sebati
- bakar 160C@45minit
- sejukkan

Bahan Cream Cheese-500g cream cheese
-250g mascarpone (tp saya x letak,xde stok)
-100g gula aising
-1sb nescafe (saya letak 1/2 peket indocafe 3 in 1)


- pukul cream cheese + mascarpone + gula aising hingga lembut
- masuk serbuk indocafe - pukul sebati


Bahan Chocolate Ganache untuk filling dan topping-250ml fresh cream
-600g dark chocolate - potong kecil- 

double boiler fresh cream hingga berbuih tepi kuali,masukkan dark chocolate,kacau hingga chocolate cair- tutop api - asingkan separuh adunan untuk dicurah atas kek- masuk 1/2 lg dalam piping bag..sejukkan sebentar dlm peti ais (untuk filling)


- potong kek kepada 4 layer
- letak layer pertama atas cake board,kemudian picitkan cream cheese membentuk bulatan dari bahagian tepi kek
- kemudian picitkan pula chocolate ganache membentuk bulatan di sebelah lingkaran cream cheese tadi
- diikuti cream cheese,kemudian chocolate ganache sehingga sampai k tengah kek
- kemudian letak layer kek yg k2...picitkan chocolate ganache dari tepi kek diikuti cream cheese,kemudian chocolate ganache hingga sampai ke tengah kek
- letak pula layer kek yg k3..picitkan cream cheese diikuti chocolate ganache hingga ke tengah kek
- kemudian letak layer kek yg k4..sapukan lebihan cream cheese keseluruhan kek,sejukkan dlm peti ais dlm 20 minit supaya cream cheese mengeras sedikit
- tuang baki chocolate ganache yg telah diasingkan tadi dari bahagian tengah atas kek...biar ganache meleleh di seluruh kek...sejukkan 20 minit dlm peti ais
- hiaskan dgn deko fresh cream

Selamat mencuba,, nanti2 nak post resepi coklat indulgance plak erk :)


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kritikan membina :')