Cinta Korea Part-1


Cinta Korea.
Ilham daripada seorang insan UL.

PART 1

Bukanlah mudah menjadi pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Berpakaian sopan ke kuliah, tidak boleh pulang melebihi jam 12 malam, tidak boleh berdua-duaan walaupun hanya di cafe (kecuali yang sudah berkawin) dan tidak boleh enjoy!!

Effa memandang ke langit biru Ilahi. Matanya sudah layu. Menunggu hari berganti malam.

"Ya Allah, bilakan tiba hari esok? Andai hari ini boleh ditukar ganti dengan hari esok..."

Apa yang ditunggu-tunggu Effa hanyalah sebuah parcel. Parcel yang didalamnya adalah sebuah Pek Projek Komputer Satu Malaysia, atau lebih dikenali Pek SKMM. Satu pek broadband yang memberi tawaran RM25 untuk 30 hari.


.....................................................................


"Dah hantar ke?" Mesej ditaip dengan laju. Tidak sabar dengan jawapan penerima.

Tett. Bunyi dering Xperia Mini Effa tanda menerima sebuah mesej.

"Dah hantar la wak, cek tracking lg14 269 034my. " Berbalas sms lagi.

"Tak ade pun.. huhu betul ke ade Lg & My tu?" Keluh kesah hati Effa bila mana barang yang diinginkan tidak lagi di pos. Timbul rasa sangsi dengan penjual Pek SKMM tersebut.

Lama mesej Effa tidak berjawab. Jam menunjukkan pukul 7.15 malam. Telefon bimbit diletak atas katil lantas tuala dicapai. Kunci bilik tidak lupa. Serik dirinya apabila kawan sebiliknya mengunci pintu apabila keluar dan dia menunggu sehingga jam 11 malam....  Pada awalnya, bilik tersebut dihuni oleh 4 orang puteri, namun demikian, seorang puteri berpindah UIA Gombak kerana menukar kos, manakala seorang puteri lagi dijemput oleh seorang putera.... hihihi sang puteri menamatkan riwayat seorang gadis dan menjadi seorang isteri. Semoga berkekalan hendaknya..

Malam menjelma. Usai azan isyak bergema, Effa memandang ke netbook free Hp Mini hasil langganan Streamyx. Sejak kecil dia memang sudah jatuh hati pada komputer, internet & gadjet. Malangnya wifi UIA tidak dapat disambung akibat kekurangan AP di biliknya. UIA oh UIA. Oleh hal yang demikian, dia mengambil keputusan untuk membeli pek skmm walaupun agak mahal.

Tett. Terasa getaran telefon bimbitnya. Wajahnya berseri apabila terpampang sebuah mesej daripada "SKMM Broadband 3", nama yang diberi hasil daripada ketiga-tiga contact number penjual Pek Skmm yang lain.

"Amboi, nak marah la 2..tp kan sabtu mgu pertama bank cuti gak sm dgn pej pos..Haha,awak ni,freshie lagi.rajin2 la g pejabat pos slalu wek....!"

Erkk. Tersedak Effa. Hek eleh mamat ni. 'Macam la aku tak pernah pergi pejabat pos. Huhu. Cuma jarang je...'

"Manalah sy tahu wak... sy ni bukan bisnesman cam awk.. huhu". Mesej berbalas mesej walaupun hanya dengan kelajuan 10minit per mesej.

Nama masing-masing tidak perlu diperkenalkan lagi. Nama dan nombor akaun bank sudah diberi. Ahmad Abrar bin Ahmad Marzuki. Malah dia juga sudah memberi nama dan alamat untuk proses penghantaran. Setelah beberapa mesej dibalas, barulah dia dapat tahu bahawa Abrar merupakan pelajar UIA Gombak tahun akhir sedangkan dia di UIA Kuantan tahun pertama.

.....................................................................

Tiga hari sudah dia berbalas mesej dengan Abrar, walaupun pada awalnya lebih kepada pelajaran dan pengalaman, namun semakin hari semakin rancak malah hatinya kian terpaut kepada perwatakan Abrar dan kini kelajuan mesej daripada Abrar mencecah 5 minit per mesej. Kini Effa sudah bisa melayari internet dan membuat segala aktiviti online yang tertunggak sejak masuk kampus.

Laman facebook di buka, lantas die menaip nama seorang insan yang lain dan tidak bukan Ahmad Abrar bin Ahmad Marzuki. Terpampang gambar seorang insan, yang tidaklah sekacak mana namun ada keunikan tersendiri. Effa meniliti setiap isi dan data yang terpapar. Terdapat juga akaun ayah dan ibu beliau. Ayahnya seorang researcher manakala ibunya seorang guru. Hatinya tersentuh saat tersedar bahawa Abrar hidup dalam komuniti Islam yang sebenar. Keluarganya merupakan keluarga orang alim. Ibunya bertudung labuh begitu juga dengan adik perempuannya. Laman adik-beradik abrar yang lain dibuka. Segala info mengenai Abrar disimpan dengan kemas.

Butang "Add as friend" tidak segera ditekan. Baginya, dia tidak mahu terburu-buru seolah-olah perigi mencari timba. Biarlah suatu masa nanti Abrar yang menambahnya sebagai rakan.


.....................................................................

Bersambung . . .  :)

UPDATE
*Baca lagi - Cinta Korea Part-2*

1 comment:

  1. Saya Achmad Halima Saya ingin menyaksikan karya baik ALLAH dalam hidup saya untuk orang-orang saya yang tinggal di sini di Indonesia, Asia dan di beberapa negara di seluruh dunia.
     Saya saat ini tinggal di sini di Indonesia. Saya seorang janda dengan empat anak dan saya terjebak dalam situasi keuangan pada Maret 2017 dan saya harus membiayai kembali dan membayar tagihan saya,
    Saya adalah korban penipuan kredit 3-kredit, saya kehilangan banyak uang karena saya mencari pinjaman dari perusahaan mereka. Saya hampir mati dalam proses karena saya ditangkap oleh orang-orang yang berutang, saya dibebaskan dari penjara dan saya bertemu dengan seorang teman, yang saya jelaskan situasi saya dan kemudian memperkenalkan saya kepada perusahaan pinjaman bahwa ALEXANDER ROBERT LOAN FIRM dapat diandalkan.
    Untuk orang-orang yang mencari pinjaman? Jadi Anda harus sangat berhati-hati karena banyak perusahaan pinjaman di internet penipuan di sini, tetapi mereka masih sangat nyata di perusahaan pinjaman palsu.
     Saya mendapatkan pinjaman dari ALEXANDER ROBERT LOAN FIRM sebesar Rp900.000.000 dengan sangat mudah dalam waktu 24 jam yang saya lamar, jadi saya memutuskan untuk berbagi pekerjaan baik ALLAH melalui ALEXANDER ROBERT LOAN FIRM dalam kehidupan keluarga saya. Saya menyarankan jika Anda membutuhkan pinjaman, silakan hubungi ALEXANDER ROBERT LOAN FIRM. hubungi mereka melalui email:. (alexanderrobertloan@gmail.com)
    Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya di (achmadhalima@gmail.com) jika Anda merasa kesulitan atau ingin prosedur untuk mendapatkan pinjaman.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kritikan membina :')