Cinta Korea Part-2



"Akmal, best kan kalo dapat kahwin.. Hihihi" Hatinya kini berbunga. Bebas sahaja dia meluahkan rasa hatinya kepada teman akrabnya. Akmal hanya tersenyum.

"Sapa tak suka kahwin weyh. Aku pun nak kahwin. Haha. Sweetkan bila tengok kat cafe, pasangan suami isteri makan sesama. Ko ingat lagi tak......." Akmal seolah-olah ingin ketawa. Lantas Effa serentak gelak... Teringat dia akan kisah di cafe sewaktu makan tengahari. Disangka makan semeja itu merupakan suami isteri. Sang "isteri" tidak dapat dilihat dengan jelas ekoran beliau membelakangkan badannya. Namun apabila sang "isteri" bangun untuk membasuh tangan, ternampak wajah classmate mereka. Lukhman ! Lukhman memakai serban dengan kain selendang seperti orang arab selalu pakai..  Effa dan rakan-rakannya gelak yang ditahan kerana nampak tak sopan pula gelak kuat-kuat.

"Adoi.. haha memang sengal kan.. iye-iye je aku ingat pasangan romantik rupanya hampeh. " Pengalaman itu pasti muncul di ingatan apabila melihat pasangan suami isteri yang makan berdua. Effa turut menceritakan isi hatinya pada Abrar. Akmal hanya mampu menasihati supaya berhati-hati dengan lelaki. Tak semua lelaki mempunyai niat baik.

.....................................................................................

Genap dua minggu, peperiksaan menjelang. Hari itu dia mengintai laman facebook Abrar. Gambar profil telah ditukar. Gambar cornflake yang apabila diteliti gambar tersebut menunjukkan perasaan sedih. Malah, wall Abrar juga sudah dibuat privasi. Hanya rakan yang boleh melihat status-status beliau. Lantas Effa menghantar mesej kepada Abrar.

"Awk ade masalah ker? sy ad bt slh ke kat awk?" Abrar menolak kenyataan Effa.

"Takde pe la wak. mne de awk slh pape kat sy.." Effa terdiam. Dalam hatinya risau. Risau kalau-kalau dia ada menyakiti hati Abrar.

Keesokan harinya, Effa mendapati dia telah di 'block' oleh Abrar. Dia tidak dapat lagi 'stalk' profil Abrar. Telah terbukti bahawa Abrar betul-betul sudah 'block' akaun Effa apabila Effa berjaya membuka profil Abrar menggunakan akaun kawannya, 'Afifah. Saat itu hatinya benar-benar kecewa. Belum sempat dia menjadi kawan namun dijadikan pula musuh. Malah, dua hari selepas itu Abrar terus senyap. Effa sabar menunggu. Dia mengambil sikap positif bahawa Abrar ingin tumpu pada peperiksaannya. Setelah cuti sem bermula, Abrar tidak juga menitipkan sms buatnya. Dia juga tidak tahu apa salahnya dan mengapa Abrar bertindak demikian. Sudah 2 sms dikirim mengharapkan jawapan jelas daripada Abrar, Sekiranya Abrar mengatakan supaya mereka tidak berhubung lagi, dia redha. Namun, segala penjelasan tidak diperolehi.

Sehingga sebulan menanti, Abrar masih menyepi. Dua bulan menghampiri, Abrar masih sendiri. Akhirnya Effa mengambil kata putus untuk melupakan sahaja Abrar. Apa gunanya dia mengharapkan orang yang tak sudi walaupun hatinya masih terluka. Memang aku tak layak untuk Abrar. Aku bukanlah daripada keluarga yang senang. Malah tidak punya rupa dan jelas imanku tidaklah sekental imanmu.

Mungkin kau hanya mahu menguji hati perempuanku. Begitu jelas bahawa hati ini tidak lulus dengan ujian yang kau beri. Memang aku tak seperti perempuan-perempuan lain yang mana maruahnya lebih tinggi. Sedangkan hati aku begitu senang ditakluki. Maafkan aku Abrar andai aku mengganggu hidupmu. Aku akan pergi dari hidup kau dan aku takkan ganggu kau lagi.... Sejak hari itu, dia berazam ingin berubah. Berubah menjadi seorang wanita solehah..


.....................................................................................


Ding dong! Loceng berbunyi. Malas rasanya mahu membuka pintu. Penat kerja masih belum hilang. Jam ditoleh. Sekarang baru pukul 9.30 malam. Siapa pulak yang datang ni... Pintu dibuka,

"Surprise. Happy Birthday ke-25." Akmal menghulurkan kek kecik, yang cukup dimakan untuk 10 orang. Sedangkan yang ada disitu cuma , 1, 2 , 3, 4, .. .  4 orang je ? termasuk 'Afifah. Serentak kedengaran lagu ucapan hari jadi. Akmal menarik tangan Effa.

"Jom potong kek, kita aku dah lapar ni.." Sedang 'Afifah pula membentak. "Nantilah, kita amik gambar ramai2 dulu. hihi.. "

'Afifah, kecil molek orangnya, memang suka bergambar dan fotogenik. Effa terharu, tak sangka kawan-kawannya masih mengingati hari jadinya. Malam itu mereka bercerita panjang. Akmal sudah bertunang dan seorang lagi rakannya, ika disitu sudah berkahwin. 'Cepat betul diorang ni.. habis belajar je terus kahwin. ish2.. untunglah ade orang nak...aku ni... ' Bisik hati Effa. teringat zaman cintan cintunnya. Bila mana dia pernah meluahkan perasaannya kepada seorang insan dan serta merta direject. Nasib tu zaman sekolah.. tak tau pape.

"Esok aku kerja laa, korang nak tidur sini ke?" Effa bersuara. Rakan-rakannya berpandangan antara satu sama lain.

Ika membalas dengan nada sayu, "Suami aku ambik pukul 11 nanti.. maaflah aku tak dapat join korang"

Wani hanya tersenyum, "Tak apa pun, kitorang faham laa.. malam ni aku stay rumah ko Effa. 3 hari aku amik cuti semata-mata rindu kat ko tau." Effa tergelak.

"Yelah tu ko rindu kat aku.. huhu ke saje je nak suruh aku bawak jalan-jalan kat sini. Tak pun nak suruh aku belanja la tu" Hatinya terhibur. Sejak akhir-akhir ini, hatinya rasa sunyi, rasa ingin seseorang sebagai tempat berkongsi rahsia.


.....................................................................................


Kenangan di zaman sekolah dan universiti menerjah ruang otaknya. Bermula daripada seorang insan yang hina disisi Tuhan, melangkah setapak kehadapan. Berhijrah untuk agama dan bangsa. Berstatus CEO dan ustazah. Alhamdulillah minat membawa Effa ke dunia perniagaan. Lamunannya terhenti apabila pintu bilik di ketuk.

"Assalamualaikum cik, pihak syarikat Maisarah Holding sudah datang."

Syarikatnya, ZZUS Berhad akan bekerjasama dengan syarikat Maisarah Holding, salah satu syarikat ternama di Kedah. Effa bukanlah berasal dari Kedah, namun atas sebab-sebab tertentu, perniagaannya beroperasi di Kedah.

Segera fail digarap. Langkah kakinya diatur. Lafaz Basmalah diucap. Kelibat dua orang lelaki dan seorang perempuan kelihatan khusyuk meneliti fail-fail yang dibawa. Pantas dia memberi salam.

" Assalamualaikum. Maaf sekiranya lambat menunggu." Senyuman ikhlas tak lekang daripada bibirnya. Seulas lesung pipit menjadi seri wajahnya. Effa menanti respons dan jawapan salam daripada tetamu kehormat.

"Waalaikumussalam. " Seorang lelaki lengkap berpakaian kemas seperti seorang ahli korporat lebih pantas menjawab salam. Mata bertentang mata. Hati Effa seolah-olah tersentap. Wajah itu wajah yang pernah melorek hatinya dahulu. Wajah itu wajah yang pernah mencanting batik rindu pada nadi kehidupannya.

Cinta itu tidak pernah memaksa
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala


.....................................................................................
Bersambung ... ^^,


tak dapat nak sambung sekarang, tgh mggu exam,, nnt cuti la k ! 



1 comment:

  1. Saya Achmad Halima Saya ingin menyaksikan karya baik ALLAH dalam hidup saya untuk orang-orang saya yang tinggal di sini di Indonesia, Asia dan di beberapa negara di seluruh dunia.
     Saya saat ini tinggal di sini di Indonesia. Saya seorang janda dengan empat anak dan saya terjebak dalam situasi keuangan pada Maret 2017 dan saya harus membiayai kembali dan membayar tagihan saya,
    Saya adalah korban penipuan kredit 3-kredit, saya kehilangan banyak uang karena saya mencari pinjaman dari perusahaan mereka. Saya hampir mati dalam proses karena saya ditangkap oleh orang-orang yang berutang, saya dibebaskan dari penjara dan saya bertemu dengan seorang teman, yang saya jelaskan situasi saya dan kemudian memperkenalkan saya kepada perusahaan pinjaman bahwa ALEXANDER ROBERT LOAN FIRM dapat diandalkan.
    Untuk orang-orang yang mencari pinjaman? Jadi Anda harus sangat berhati-hati karena banyak perusahaan pinjaman di internet penipuan di sini, tetapi mereka masih sangat nyata di perusahaan pinjaman palsu.
     Saya mendapatkan pinjaman dari ALEXANDER ROBERT LOAN FIRM sebesar Rp900.000.000 dengan sangat mudah dalam waktu 24 jam yang saya lamar, jadi saya memutuskan untuk berbagi pekerjaan baik ALLAH melalui ALEXANDER ROBERT LOAN FIRM dalam kehidupan keluarga saya. Saya menyarankan jika Anda membutuhkan pinjaman, silakan hubungi ALEXANDER ROBERT LOAN FIRM. hubungi mereka melalui email:. (alexanderrobertloan@gmail.com)
    Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya di (achmadhalima@gmail.com) jika Anda merasa kesulitan atau ingin prosedur untuk mendapatkan pinjaman.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kritikan membina :')