bilik kosong suma balik mengundi

Malam ni sunyi pekat... mana tak nya semua balik rumah nak mengundi... tinggallah aku dan beberapa orang sahabat yang tidak mengundi :P belum cukup umur lg 21... ngee sememangnya tidak ada benda yang best boleh dibuat di sini..... cuma boleh layan game saja... baru lepas download game Restaurant Empire 2... The cave pun xhabis solve lagi...

minta maaf, saya dan game tak dapat dipisahkan  :"(

Terdetik di hati tadi untuk jadi baik macam kawan2 lain... yg soleh dan solehah.... yang mempunyai nur di wajah... tenang walau apa jua keadaan.... timbul perasaan malu pada orang lain kalau diorang tau kejahatan yang pernah aku lakukan,, namun aku tidak terfikir tentang maluku pada Allah :"( Oh Allah berikan aku hidayah lagi.... Memang aku insan yang tidak ada pendirian..... :"( huk huk....


Ingin sekali aku mencontohi Nabi Muhammad. Apabila dianiaya, beliau tetap sabar :"(



Its gone ^.^ - Keindahan yang tiada tara

Rasa selamat harini.... mana tak nye... xde la rasa gelisah mcm sebelum ni :P Segala perasaan dapat dikawal dgn baik dan rasanya perasaan tu dah hilang ! wah wah. hepinya. sebab kerana perasaan ini boleh membawa maut. ce ceh. HAHA

Pernah tak dalam hidup berfikir sejenak tentang kehidupan kita ini.  Apakah masa akan datang kita akan kekal menjadi baik atau berubah ke arah yang lebih negatif. Kadang risau dalam diri apabila hari ini kita mengata orang, esok lusa kita pula menjadi seperti apa yang kita kata....

Kalau duduk tepi pantai, mesti rasa nak luah segalanya pada lautan biru yang luas. Mesti rasa seronok, hilang sekejap masalah yang melanda..... dan seolah menyeru pantai agar terus berada di hadapan mata. Tak hilang juga memori nakal untuk berimaginasi alangkah indah kalau dapat honeymoon dengan insan tersayang di kaki pantai gelak tawa bersama. so sweet.

Minggu lepas Jumaat sampai Ahad sempat bercuti di Fraser Hill :)  Takjub dan terkesan melihat keindahan yang tiada taranya dengan ciptaan manusia.... Subhanallah indahnya pemandangan yang terlukis oleh pelukis Maha Hebat : Allah.


Pemandangan ni boleh nampak sepanjang perjalanan untuk sampai ke puncak Fraser... Berkali-kali melalui jalan yang sama namun tidak berkesempatan turun ambil gambar. Sunset 27 April sudah tidak tertahan lagi untuk merakam keindahan panorama ni... Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah sebagai peringatan tentang kekuasaanNya... Esok paginya hujan dan syukur diberi peluang untuk merakamnya hari sebelum itu........ 

Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan, dan gunung-gunung sebagai pasak? (An Naba', 78: 6-7) 

Dalam ayat lain yang bermaksud: “Dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapkannya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu, dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu-lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.” (Surah al-Nahl: 15)

sources: al-habib 


Baiki Diri, Kenali Potensi

Aku bukanlah pakar motivasi. Motivasi diri sendiri pun belum berjaya lagi. Tapi aku suka untuk melihat kejayaan adik2 yang ingin mencipta kejayaan. Hari ni saja sudah 2 orang adik-adik yang aku kenal cuma di laman muka buku berkata bahawa aku sudah memotivasikan mereka....

Padahal aku tidak memberi apa-apa selain nasihat dan tips2 yang aku rasa boleh membantu mereka untuk mencapai kejayaan yang diidamkan... Sharing is caring n sharing is loving... sesuai dengan nama aku yang membawa maksud penyayang :) Biar diluar nampak kasar asal di dalam seperti cheese cake... tak cantik tp sedap.

Perubahan secara drastik boleh membuat seseorang kembali kepada keadaan asal secara drastik juga. Sebab itu dalam islam, Allah sukakan istiqamah biarpun ia satu perubahan yang kecil. Untuk berjaya, tidak mudah. Sebagai contoh, hari ini kita bangun seawal pukul 4 pagi padahal sebelum ini kita bangun pada pukul 6pagi. Apakah kita akan kekal bangun pada jam 4pagi keesokan harinya? Kebanyakan mereka yang menggunakan jalan shortcut ni xbertahan lama... Lebih baik sekiranya bermula daripada pukul6 jadi 5.30 seterusnya pukul5 dan sehinggalah pukul4... :)



Semoga kita semua boleh istiqamah dalam setiap perbuatan kita :)


Hati hiba

ada org yg lebih susah.....

Kadangkala, bila sendirian, terasa hiba.......
tiada siapa-siapa untuk berkongsi cerita. Insan yang dulu menjadi tempat bergurau senda... hilang....
Xtahu kenapa...... tiba-tiba dia senyap je.. bila tanya kenapa ni... dia kata takde pape...

tak faham la. =( I feel sad. I feel like i am guilty.... but they denied it.

What should i do? Should i just happy like nothing happened. or should i follow their mood. -.- be quiet.

T.T

kdg rasa xkuat sangat.... lemah sangat....
kewangan pun xstabil.....
kadang rasa nak ada org support mental n fzkl. =p
kdg rasa taknak ada beban keje....

xpelah..... :)
lemah nya iman....

Photoshop newbie.

Hari ni je dah buat 3 cover photo untuk page bisnes sy n kakak sy.. :)
hehe. simple, biasalah newbie.

Buat ni xlama sangat. sejam siap la.. :P

Damya Shop (Along punya)

Colours Fashion (Along punya jugak)

& this is mine Zara Zanirah Cottage

Special untuk dayana yg xbenti2 mesej.. haha mls nk lyn la dik, sori :P

Nak buat part time job kat odesk. tp xtau lg ble leh,, dahla newbie lg ni.. =.=