Budaya membaca & menulis wajar dipraktikkan

Budaya membaca sedikit sebanyak semakin mendapat sambutan daripada rakyat Malaysia. Mungkin juga ekoran BB1M (Baucer Buku 1 Malaysia) yang diedarkan untuk mahasiswa mahasiswi. Sedikit sebanyak membantu pelajar dalam mencari ilmu tanpa sempadan.

Jum baca buku-buku karya Abdul Latip Talib
Tidak mengapa jika remaja hari ini lebih gemar menghabiskan masa bersama novel-novel dan majalah kerana sedikit sebanyak memupuk budaya membaca dan mengusik jiwa adik-adik kita atau orang yang ada disekeliling kita. Bagaimana terhasilnya budaya membaca ini? Sebagai contoh boleh dilihat di dalam bas awam. Apabila salah seorang mengeluarkan buku atau majalah atau apa jua bentuk bahan bacaan, sedikit sebanyak mengusik hati penumpang yang lain. Dan mereka juga akan mengeluarkan apa yang ada dalam beg untuk dibaca ekoran rasa segan mahupun rasa tidak mahu kalah!

Rakyat Malaysia rata-rata mempunyai emosi yang tidak stabil dan mudah terpengaruh dengan perasaan sendiri. Perasaan ego dan mahu lebih daripada orang lain juga adalah satu sifat yang sukar dibuang oleh sesetengah rakyat Malaysia. 

Sekiranya membaca menjadi satu budaya yang diterapkan sejak kecil oleh generasi akan datang, pasti Malaysia lebih mudah mencapai negara membangun. Generasi muda kini terlalu leka dengan budaya Hallyu ( Gelombang Korea). Mana-mana remaja pasti tahu akan drama korea, lagu & band korea serta artis-artis korea yang kini top dengan keunikannya tersendiri.

Tidak terlepas juga, semua golongan daripada pelajar sekolah rendah, pelajar universiti malah yang sudah bekerja menyahut gelombang ini. Sekiranya budaya ini tidak dapat dibendung dengan serius, pasti produktiviti negara 10 tahun lagi akan menurun dengan mendadak. Malah mereka sanggup bergadai wang ringgit untuk membeli album korea, cenderamata atau juga baju untuk meniru gaya korea. Wang pinjaman ptptn dan wang biasiswa disalah guna. Lambakan buku-buku ilmiah dipasaran tidak dipandang.

Sekiranya kita tidak mampu berdiri seiring dengan pasaran buku-buku ilmiah, kita juga pasti tidak mampu berdiri gah setanding dalam ekonomi, politik, sains dan teknologi yang terus berkembang tanpa menunggu sedetik pun.

Menulis dan mengarang juga kini semakin mengambil tempat dalam hati para generasi intelek. Sebagai contoh kita boleh lihat beribu-ribu blog yang ada dibangunkan oleh anak-anak muda. Sukacita dimaklumkan bahawa generasi muda kini dilimpahkan dengan sumbu yang terlalu banyak untuk menghasilkan pelita yang kecil. Namun demikian, Malaysia masih belum cukup cahayanya untuk bersinar seperti permata yang berkilauan. 

Harapan saya agar generasi kini dan akan datang agar memandang jauh ke hadapan sebagaimana tajamnya panahan mata Sultan Muhammad Al-Fatih untuk menggapai impiannya yang satu iaitu menawan Konstantinopel.

Sejarah adalah satu memori yang tidak boleh sekali-kali dilupakan walaupun memori itu tidak pernah berlaku  dalam diri kita. 

#Jom masuk pertandingan menulis fiksyen :) here





No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kritikan membina :')