Elak sifat buruk sangka.

Salam alaik.
Minda karat ini telah bersangka buruk kepada sahabatku,, buruk sangka yang merosakkan fikiran sejurus menimbulkan fitnah dalam benak. Memanipulasi hati, menyulam benci. bahaya oii. Tahniah buat beliau yang berjaya mengakhiri zaman bujangnya seawal umur 20 tahun!

Sebaiknya; jika minda kita tidak berfikir secara positif,, lampirkan bukti yang nyata bahawa khabar negatif itu memang benar. 

siapa tak bersangka buruk kan.. maaf :"(

gambar kat atas tu lps depa nikah

sama padan kan..
Sebenarnya,, beliau merancang untuk buat reunion plkn ktorg :) so sbnrnya knl dah lama dia ni, tp bru je add friend. (selama ni pending je sbb xkenal profile beliau tak tahu pun tu dia). Alhamdulillah. seronok tengok kawan2 yang berjaya membina "usrati jannati"

Sedikit testimoni daripada beliau ; hehe 

RESTATUS "seronok kawin awal"

Jodoh ? Bila sampai seru, hamba tidak menolak. Tetapi, kebarangkalian hal itu berlaku dalam tempoh pengajian tidak banyak mungkin cuma 90%. Tapi hamba pasrah kalau itu takdirNya. 

Bicara soal nikah & keluarga; 

Bukanlah semudah itu untuk membina rumah tangga. Sedangkan hari ni pun masa tak dirancang dengan baik. Lagi pula mahu merancang keluarga saidah. Pun diri sendiri masih tak terurus, mahu mengurus orang lain ( sebagai isteri solehah pasti akan mengurus makan pakai suaminya ) ... :D

Buat masa ini, tidak terdetik pun mewarisi status MARRIED. Ilmu yang ingin aku kejar dahulu. Amalan yang ingin aku tambah-2kan. dan rasa cinta pada pencipta yang paling aku mahukan. 

Yang sedang merancang untuk membina mahligai ke syurga, saya tiada halangan. Silakanlah cepat-cepatkan.  Jangan lupa jemput saya ye....

**Sem ni teringin nak dapat 4.0** padahal setiap sem mmg harapkan benda yg sama 

"Kalau kita kata kita sibuk, ingat pada rasulullah yang lebih sibuk. masanya tidak ada yang tidak bermanfaat."


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kritikan membina :')