Its gone ^.^ - Keindahan yang tiada tara

Rasa selamat harini.... mana tak nye... xde la rasa gelisah mcm sebelum ni :P Segala perasaan dapat dikawal dgn baik dan rasanya perasaan tu dah hilang ! wah wah. hepinya. sebab kerana perasaan ini boleh membawa maut. ce ceh. HAHA

Pernah tak dalam hidup berfikir sejenak tentang kehidupan kita ini.  Apakah masa akan datang kita akan kekal menjadi baik atau berubah ke arah yang lebih negatif. Kadang risau dalam diri apabila hari ini kita mengata orang, esok lusa kita pula menjadi seperti apa yang kita kata....

Kalau duduk tepi pantai, mesti rasa nak luah segalanya pada lautan biru yang luas. Mesti rasa seronok, hilang sekejap masalah yang melanda..... dan seolah menyeru pantai agar terus berada di hadapan mata. Tak hilang juga memori nakal untuk berimaginasi alangkah indah kalau dapat honeymoon dengan insan tersayang di kaki pantai gelak tawa bersama. so sweet.

Minggu lepas Jumaat sampai Ahad sempat bercuti di Fraser Hill :)  Takjub dan terkesan melihat keindahan yang tiada taranya dengan ciptaan manusia.... Subhanallah indahnya pemandangan yang terlukis oleh pelukis Maha Hebat : Allah.


Pemandangan ni boleh nampak sepanjang perjalanan untuk sampai ke puncak Fraser... Berkali-kali melalui jalan yang sama namun tidak berkesempatan turun ambil gambar. Sunset 27 April sudah tidak tertahan lagi untuk merakam keindahan panorama ni... Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah sebagai peringatan tentang kekuasaanNya... Esok paginya hujan dan syukur diberi peluang untuk merakamnya hari sebelum itu........ 

Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan, dan gunung-gunung sebagai pasak? (An Naba', 78: 6-7) 

Dalam ayat lain yang bermaksud: “Dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapkannya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu, dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu-lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.” (Surah al-Nahl: 15)

sources: al-habib 


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kritikan membina :')