Baiki Diri, Kenali Potensi

Aku bukanlah pakar motivasi. Motivasi diri sendiri pun belum berjaya lagi. Tapi aku suka untuk melihat kejayaan adik2 yang ingin mencipta kejayaan. Hari ni saja sudah 2 orang adik-adik yang aku kenal cuma di laman muka buku berkata bahawa aku sudah memotivasikan mereka....

Padahal aku tidak memberi apa-apa selain nasihat dan tips2 yang aku rasa boleh membantu mereka untuk mencapai kejayaan yang diidamkan... Sharing is caring n sharing is loving... sesuai dengan nama aku yang membawa maksud penyayang :) Biar diluar nampak kasar asal di dalam seperti cheese cake... tak cantik tp sedap.

Perubahan secara drastik boleh membuat seseorang kembali kepada keadaan asal secara drastik juga. Sebab itu dalam islam, Allah sukakan istiqamah biarpun ia satu perubahan yang kecil. Untuk berjaya, tidak mudah. Sebagai contoh, hari ini kita bangun seawal pukul 4 pagi padahal sebelum ini kita bangun pada pukul 6pagi. Apakah kita akan kekal bangun pada jam 4pagi keesokan harinya? Kebanyakan mereka yang menggunakan jalan shortcut ni xbertahan lama... Lebih baik sekiranya bermula daripada pukul6 jadi 5.30 seterusnya pukul5 dan sehinggalah pukul4... :)



Semoga kita semua boleh istiqamah dalam setiap perbuatan kita :)


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kritikan membina :')