Cuti sem 3 minggu

Sepanjang cuti sem yang tak seberapa panjangnya ni, banyak yang aku dapat,, pengajaran dan ilmu baru.

      Pada mulanya, aku hanya mahu memperluas ilmu dalam bidang programming. Mula la belajar java sendiri. Belajar sorang2 dengan laptop. Tapi best ! Bukan java je, html, python, ruby api pun ada ! memang ni basic je, terutama untuk noob macam aku, yang hanya ada basic html dgn c++.. Boleh klik kat sini kalau nak belajar Code Academy.

      Lepas tu, belum habis belajar lagi java ni, mula menjejakkan kaki dalam bisnes online. fuh. Memang la baru. Mula2 memang segan sangat nak promote. Tapi itulah strategi bisnes, xpromote xde untung. Terpaksa juga la bisnes ni sbb ptptn dah dibatalkan, n duit ybr pulak masuk dalam 3 bulan lagi. Padahal next week dah start sem baru. Memang semput la xde duit nak belanja... Alhamdulillah ada juga untung cket, buat permulaan. Bisnes apa? ^^, of coz baju n aksesori wanita. macam blouse, tshirt muslimah n telekung :) Kalau rasa baik hati nak like boleh like kat sini Zara Zanirah Cottage.

Dugaan :

Dugaan paling perit nak terima ialah bila aku tak dapat join FSP (Finishing School Program) anjuran alumni u awal2 cuti haritu. Hancur sangat hatiku, sedih memang sangat-sangat. FSP ni pasal career, n working environment. Memang khas dibuat untuk 4th year student. Memandangkan aku baru 1st year student, oleh itu, org atasan tak bagi.. huaarghh :"( Dia akan ajar kita cara buat proposal, presentation, etika makan kat hotel, pasal self development n macam2 lagi. yang paling best,, FREE. **kalau tak free aku malas jugak nak g, lagi2 wat kat hotel. huhuhu ** Takpelah bukan rezeki akuu.. nak wat cmne :"( Allah knows the best.

Lain-lain :

Dalam 3 minggu ni jugak aku sibuk menguruskan dokumen perjanjian dgn ybr. Syukur sgt dpt.. Nak harap JPA, hurm, xtau la boleh dapat ke x.

& lagi satu, 28 Februari 2013 adalah detik bersejarah bagi sepasang mempelai Fairul Ikmal dan Fairuz ,, abg sepupu aku ** Kenduri belah lelaki hari ahad ni, kalau nak hadir bagitaulah, kat klang. hee. 3 hb pagi2 lagi aku akan bertolak ke kuantan. menjalani sem baru dan buku baru & subjek baru. Alhamdulillah xde fail.


Impian :

Aku harap, aku xsusahkan family aku pasal duit. N hope sgt untung banyak supaya leh cover duit belanja. N impian jugak sem ni nak lebih serius dalam pelajaran.

Penutup :

Insha allah kalau sempat nak post pasal syarat-syarat dan cara menguruskan pinjaman bank rakyat (ybr)... n tak nak putus asa dan lebih maju ke hadapan. Semoga aku termasuk dalam golongan orang yang beriman dan bertaqwa.. amin....




:"(

Aku tidak mahu lagi mencari bahagia.
Kerana perit saat bahagia itu dirampas
Akan kekal lukanya.

:"( :"( :"( I am not always strong..............


Hati ini.



Hati yang berbalut cinta
Merasai kedamaian dalam kehangatan
Hati yang berpaut rindu
Menyuburkan kesabaran dalam keresahan

Hati yang masih tercari-cari Tuhan
Hati yang masih tercari-cari kebahagiaan
Hati yang sama
Hati ini.


Semua hanya pinjaman..


Berubah bukan mudah namun istiqamah lebih payah.
Mengaku beriman itu semua mampu, benar-benar beriman itu hanya Allah yang tahu.
Berubah lah kerana Allah bukan berubah kerana manusia.
Istiqamah itu mujahadah.. Mujahadah menuju mahmudah..
aku ingin

tidak mudah marah apabila ada orang memperlekehkanku, tidak mudah tersinggung apabila orang mengataku, tidak mudah berkecil hati dengan segala tohmahan dan cacian... sebaliknya kasihan dengan orang yang mengata, kerana mereka tidak sedar yang mereka sedang menambah dosa...




Cinta kerana Allah ?

:)  cuma nak ckp.. ehem.. ht sy sudah dimiliki..


serious sweet :D ohlala~~

haha. agak-agaknya sebelum convo nanti,, berapa ramai la kawan2 yg akan nikah erk... hehe

saya mmg la xkn nikah sebelum habis degree. perjanjian dgn sponsor. :)
kecuali kalau dpt kawen dgn anak tokey sponsor, boleh laa haha

~~ cebisan Khazinatul Asrar Hidayah ~~

CINTA MEMERLUKAN PENGORBANANAN(tadhiyyah) Aku kagum dengan... Dia yang sanggup tunggu temannya habis exam,tidak pulang dahulu ke kampung lantaran cinta kepada sahabatnya.. Dia yang sanggup datang dari jauh untuk ke majlis ilmu dengan jarak perjalanan 3-4jam,namun apabila tiba di taman syurga itu hanya sempat ikuti beberapa minit sahaja,namun dia puas ,kerana cinta.. Dia yang sanggup mengorbankan cuti semata-mata untuk terlibat dalam turun padang menyebarkan dakwah dan dakyah Islam kepada masyarakat bukan Islam,kerana cinta.. Isteri yang sanggup menunggu suaminya pulang bekerja untuk mencari sesuap nasi hingga tertidur di sofa ruang tamu rumah,kerana cinta.. Suami yang sanggup meninggalkan keenakan berada dirumah bersama isteri namun lebih byk bergelumang dengan kerja-kerja jihad di luar sana buat ummat,kerna cinta.. Dia yang sanggup mengorbankan masa berseronok bersama teman namun lebih memilih untuk memberikan masanya khidmat pada ulama dan habaib,kerana cinta.. Hanya pencinta memahami bahasa cinta. Dan semestinya Pencinta yang Hakiki lagi Azali adalah Allah Azza Wa Jalla yang tidak hairan dengan dosa hambaNya namun hairan kenapa hambanNya tidak mahu bertaubat,berubah,berhijrah dan memohon ampun kepadaNya. RahmahNya melebihi murkaNYa. :) Kamu tahu bahasa cinta sekarang? Tadhiyyah.


Kasih Ayah dan Ibu


Dalam aku seronok bersama rakan-rakan,
Ibu bapaku sedang "seronok" memerah keringat tua
Sedang aku memikirkan makanan apa mahu dimakan esok hari
Ibu bapaku memikirkan makanan apa yang boleh diberikan untuk kami..

Sedang aku lena kekenyangan di atas katil
meninggalkan buku yang bersepah atas meja
Ibu bapaku juga lena kepenatan di atas kerusi
menghadap kerja yang masih belum selesai

Sedang aku sibuk berfacebook berchatting
Ibu bapaku juga berfacebook menjaga pergaulan anak-anak
Dan aku merasai lelahnya belajar
dan dia merasa menyesal tidak berpendidikan

Namun suatu masa nanti
aku akan merasa derita ibu bapaku
menggalas lelah yang sama
keperitan menjaga "aku" dahulu

Zara Zanirah


Lepas ni anda tak bosan dah !



Bosan yang tak pernah bosan menjengah,
bosan melihat aku yang kebosanan,
memikirkan sesuatu yang tak bosan,
supaya hilang kebosanan

(bosan kan baca ni) HAHA T.T

Ok jum tengok kat bawah ni ada tak cara nak hilangkan bosan...




takde?? adelah cek la betul2....



YOU ARE SEEKING A FRIEND ? 


Nope, salah!



YOU FEEL LIKE A LOOSER ?


Nope, salah jugak!



Fikir la betul-betul. fikir yang mana satu cara terbaik untuk hilang bosan tu..


Ok kalau tak dapat jumpa, jawab dulu teka teki ni;

* Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang takde ekor? *

Jangan tengok jawapan. tak aci. at least pikir 30saat. Control your powerful mind. think...


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jawapannya
Banyak, semut, lalat, ketam banyak lagi la... 
Pergh soalan senang mcm ni xbest la kn.

soalan kedua ;


Al-Farabi merupakan tokoh ternama pada zaman kegemilangan islam dahulu. Bidang apakah yang beliau banyak beri sumbangan ?

A  Mathematics
B  Chemistry
C  Geography
D  Philosophy

Pergh ni soalan KOS haritu.

tak tahu la tu.... hehe

kali ni open to google. boleh search baca kisah hidup al-farabi ni. menarik tau

:)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jawapannya 
A=1 , B=2, C=3, D=4

C + 2D -3B - A + 2A - B = ( Jawapan )

Simple Math je :)

Ya Allah, jika ilmu ku yg sedikit ini tidak memberi manfaat kepada orang lain,, maka janganlah pula ilmu ini membawa keburukan kepada orang lain.

Soalan ketiga ;


Sekarang anda bosan lagi tak ?


Jawapannya tidak! yahoo (soalan ni senang sangat sbb tu la bg tau je jawapannye)


Sebenarnya, bosan akan hilang saat kita fokus memikirkan sesuatu. Pernah tak kalau kawan korang tanya soalan kat korang, contoh soalan math laa, susah ni, tapi korang terel so korang bersungguh-sungguh nak terangkan kat kwn korang yg xtau ni......... sampai korang termiss lagu feveret korang padahal tgh pakai mp3. :) ibaratkanlah. macam tu la kalau korang btl2 fokus. The powerful of mind. ngeh3 :angkatkening:

sekian assalamualaikum.




Cinta pada coding :')




I want to be good programmer ! haha tak sabar nya nak main coding. tangan dah gatal. (walaupun baru belajar basic je ==')

Nak buat software : yang mana pasal history & culture.

Berkaitan dengan cara hidup, pemerintahan, budaya dan agama. Dan mengikut tahun. Bermulanya satu pengembaraan tanpa batasan... HAHAHA. Menu = globe. boleh tukar tahun :) boleh nampak kat menu perkembangan agama dari semasa ke semasa. Dan ada sejarah perkembangan dan pergulingan sesuatu tampuk pemerintahan tersebut...

Objektif utama 
 Nak memperkenalkan sejarah islam. Zaman kegemilangan islam suatu masa dahulu dimana masyarakat islam sangat cintakan ilmu dan cintakan budaya itu. Sains dan agama tidak asing dalam kehidupan mereka. Malah mereka mampu bersaing dengan para pengkaji barat dalam semua bidang. ( Matematik, Fizik, Perubatan, Farmasi, Astronomi, Geografi, Sociologi, Filosofi dan banyak lagi. )

Malah, mereka bukan sahaja pakar dalam satu bidang sahaja, tetapi dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, Abu Ali al-Hassan Ibn al-Haytham mahir dalam bidang matematik, fizik, astronomi dan filosofi. Abu Yusuf Ya'qub Ibn Ishaq (Al-Kindi) telah memberi sumbangan dalam bidang fizik, matematik, geografi, astronomi dan kima. 


& one of my cita-cita is to build the first International Islamic Research Centre that will be beneficial to all Muslim countries. Ameen. 



Insha allah suatu masa nanti. 5 tahun dari sekarang :') You don't read history. You enjoy it !


Oh ya ! Haa kenapa lelaki lebih expert drpd perempuan bab-bab komputer ni ?

1. Sebab lelaki ada ramai kawan & minat yang sama
Kalau perempuan tak ramai minat sgt benda camni, jadi susah sikit dia nak update-to-date n nak belajar or kongsi idea gila pun susah sikit. Jadi nak tak nak dia terpaksa ber"kawan" dengan lelaki & terpaksa la buat muka tak malu tanya ni mcm mne ni.. hendak seribu daya. chaiyok ! ( walaupun benda tu benda simple je -- noob la katakan)

2. Haa mungkin dia tak ada adik beradik lelaki
Susah la kalau tak ada adik-beradik lelaki kan,.. susah lagi kalau bapak dia pun tak minat. Kalau ada abang / adik senang la sikit nak tuntut ilmu ni. (saya hanya ada seorang adik lelaki. walaupun kami ada minat yang sama tapi dia masih tak boleh challenge saya! haha)


sekian sahaja coretan hari ini. salam muhibbah.



Cinta Korea Part-2



"Akmal, best kan kalo dapat kahwin.. Hihihi" Hatinya kini berbunga. Bebas sahaja dia meluahkan rasa hatinya kepada teman akrabnya. Akmal hanya tersenyum.

"Sapa tak suka kahwin weyh. Aku pun nak kahwin. Haha. Sweetkan bila tengok kat cafe, pasangan suami isteri makan sesama. Ko ingat lagi tak......." Akmal seolah-olah ingin ketawa. Lantas Effa serentak gelak... Teringat dia akan kisah di cafe sewaktu makan tengahari. Disangka makan semeja itu merupakan suami isteri. Sang "isteri" tidak dapat dilihat dengan jelas ekoran beliau membelakangkan badannya. Namun apabila sang "isteri" bangun untuk membasuh tangan, ternampak wajah classmate mereka. Lukhman ! Lukhman memakai serban dengan kain selendang seperti orang arab selalu pakai..  Effa dan rakan-rakannya gelak yang ditahan kerana nampak tak sopan pula gelak kuat-kuat.

"Adoi.. haha memang sengal kan.. iye-iye je aku ingat pasangan romantik rupanya hampeh. " Pengalaman itu pasti muncul di ingatan apabila melihat pasangan suami isteri yang makan berdua. Effa turut menceritakan isi hatinya pada Abrar. Akmal hanya mampu menasihati supaya berhati-hati dengan lelaki. Tak semua lelaki mempunyai niat baik.

.....................................................................................

Genap dua minggu, peperiksaan menjelang. Hari itu dia mengintai laman facebook Abrar. Gambar profil telah ditukar. Gambar cornflake yang apabila diteliti gambar tersebut menunjukkan perasaan sedih. Malah, wall Abrar juga sudah dibuat privasi. Hanya rakan yang boleh melihat status-status beliau. Lantas Effa menghantar mesej kepada Abrar.

"Awk ade masalah ker? sy ad bt slh ke kat awk?" Abrar menolak kenyataan Effa.

"Takde pe la wak. mne de awk slh pape kat sy.." Effa terdiam. Dalam hatinya risau. Risau kalau-kalau dia ada menyakiti hati Abrar.

Keesokan harinya, Effa mendapati dia telah di 'block' oleh Abrar. Dia tidak dapat lagi 'stalk' profil Abrar. Telah terbukti bahawa Abrar betul-betul sudah 'block' akaun Effa apabila Effa berjaya membuka profil Abrar menggunakan akaun kawannya, 'Afifah. Saat itu hatinya benar-benar kecewa. Belum sempat dia menjadi kawan namun dijadikan pula musuh. Malah, dua hari selepas itu Abrar terus senyap. Effa sabar menunggu. Dia mengambil sikap positif bahawa Abrar ingin tumpu pada peperiksaannya. Setelah cuti sem bermula, Abrar tidak juga menitipkan sms buatnya. Dia juga tidak tahu apa salahnya dan mengapa Abrar bertindak demikian. Sudah 2 sms dikirim mengharapkan jawapan jelas daripada Abrar, Sekiranya Abrar mengatakan supaya mereka tidak berhubung lagi, dia redha. Namun, segala penjelasan tidak diperolehi.

Sehingga sebulan menanti, Abrar masih menyepi. Dua bulan menghampiri, Abrar masih sendiri. Akhirnya Effa mengambil kata putus untuk melupakan sahaja Abrar. Apa gunanya dia mengharapkan orang yang tak sudi walaupun hatinya masih terluka. Memang aku tak layak untuk Abrar. Aku bukanlah daripada keluarga yang senang. Malah tidak punya rupa dan jelas imanku tidaklah sekental imanmu.

Mungkin kau hanya mahu menguji hati perempuanku. Begitu jelas bahawa hati ini tidak lulus dengan ujian yang kau beri. Memang aku tak seperti perempuan-perempuan lain yang mana maruahnya lebih tinggi. Sedangkan hati aku begitu senang ditakluki. Maafkan aku Abrar andai aku mengganggu hidupmu. Aku akan pergi dari hidup kau dan aku takkan ganggu kau lagi.... Sejak hari itu, dia berazam ingin berubah. Berubah menjadi seorang wanita solehah..


.....................................................................................


Ding dong! Loceng berbunyi. Malas rasanya mahu membuka pintu. Penat kerja masih belum hilang. Jam ditoleh. Sekarang baru pukul 9.30 malam. Siapa pulak yang datang ni... Pintu dibuka,

"Surprise. Happy Birthday ke-25." Akmal menghulurkan kek kecik, yang cukup dimakan untuk 10 orang. Sedangkan yang ada disitu cuma , 1, 2 , 3, 4, .. .  4 orang je ? termasuk 'Afifah. Serentak kedengaran lagu ucapan hari jadi. Akmal menarik tangan Effa.

"Jom potong kek, kita aku dah lapar ni.." Sedang 'Afifah pula membentak. "Nantilah, kita amik gambar ramai2 dulu. hihi.. "

'Afifah, kecil molek orangnya, memang suka bergambar dan fotogenik. Effa terharu, tak sangka kawan-kawannya masih mengingati hari jadinya. Malam itu mereka bercerita panjang. Akmal sudah bertunang dan seorang lagi rakannya, ika disitu sudah berkahwin. 'Cepat betul diorang ni.. habis belajar je terus kahwin. ish2.. untunglah ade orang nak...aku ni... ' Bisik hati Effa. teringat zaman cintan cintunnya. Bila mana dia pernah meluahkan perasaannya kepada seorang insan dan serta merta direject. Nasib tu zaman sekolah.. tak tau pape.

"Esok aku kerja laa, korang nak tidur sini ke?" Effa bersuara. Rakan-rakannya berpandangan antara satu sama lain.

Ika membalas dengan nada sayu, "Suami aku ambik pukul 11 nanti.. maaflah aku tak dapat join korang"

Wani hanya tersenyum, "Tak apa pun, kitorang faham laa.. malam ni aku stay rumah ko Effa. 3 hari aku amik cuti semata-mata rindu kat ko tau." Effa tergelak.

"Yelah tu ko rindu kat aku.. huhu ke saje je nak suruh aku bawak jalan-jalan kat sini. Tak pun nak suruh aku belanja la tu" Hatinya terhibur. Sejak akhir-akhir ini, hatinya rasa sunyi, rasa ingin seseorang sebagai tempat berkongsi rahsia.


.....................................................................................


Kenangan di zaman sekolah dan universiti menerjah ruang otaknya. Bermula daripada seorang insan yang hina disisi Tuhan, melangkah setapak kehadapan. Berhijrah untuk agama dan bangsa. Berstatus CEO dan ustazah. Alhamdulillah minat membawa Effa ke dunia perniagaan. Lamunannya terhenti apabila pintu bilik di ketuk.

"Assalamualaikum cik, pihak syarikat Maisarah Holding sudah datang."

Syarikatnya, ZZUS Berhad akan bekerjasama dengan syarikat Maisarah Holding, salah satu syarikat ternama di Kedah. Effa bukanlah berasal dari Kedah, namun atas sebab-sebab tertentu, perniagaannya beroperasi di Kedah.

Segera fail digarap. Langkah kakinya diatur. Lafaz Basmalah diucap. Kelibat dua orang lelaki dan seorang perempuan kelihatan khusyuk meneliti fail-fail yang dibawa. Pantas dia memberi salam.

" Assalamualaikum. Maaf sekiranya lambat menunggu." Senyuman ikhlas tak lekang daripada bibirnya. Seulas lesung pipit menjadi seri wajahnya. Effa menanti respons dan jawapan salam daripada tetamu kehormat.

"Waalaikumussalam. " Seorang lelaki lengkap berpakaian kemas seperti seorang ahli korporat lebih pantas menjawab salam. Mata bertentang mata. Hati Effa seolah-olah tersentap. Wajah itu wajah yang pernah melorek hatinya dahulu. Wajah itu wajah yang pernah mencanting batik rindu pada nadi kehidupannya.

Cinta itu tidak pernah memaksa
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala


.....................................................................................
Bersambung ... ^^,


tak dapat nak sambung sekarang, tgh mggu exam,, nnt cuti la k ! 



Cinta Korea Part-1


Cinta Korea.
Ilham daripada seorang insan UL.

PART 1

Bukanlah mudah menjadi pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Berpakaian sopan ke kuliah, tidak boleh pulang melebihi jam 12 malam, tidak boleh berdua-duaan walaupun hanya di cafe (kecuali yang sudah berkawin) dan tidak boleh enjoy!!

Effa memandang ke langit biru Ilahi. Matanya sudah layu. Menunggu hari berganti malam.

"Ya Allah, bilakan tiba hari esok? Andai hari ini boleh ditukar ganti dengan hari esok..."

Apa yang ditunggu-tunggu Effa hanyalah sebuah parcel. Parcel yang didalamnya adalah sebuah Pek Projek Komputer Satu Malaysia, atau lebih dikenali Pek SKMM. Satu pek broadband yang memberi tawaran RM25 untuk 30 hari.


.....................................................................


"Dah hantar ke?" Mesej ditaip dengan laju. Tidak sabar dengan jawapan penerima.

Tett. Bunyi dering Xperia Mini Effa tanda menerima sebuah mesej.

"Dah hantar la wak, cek tracking lg14 269 034my. " Berbalas sms lagi.

"Tak ade pun.. huhu betul ke ade Lg & My tu?" Keluh kesah hati Effa bila mana barang yang diinginkan tidak lagi di pos. Timbul rasa sangsi dengan penjual Pek SKMM tersebut.

Lama mesej Effa tidak berjawab. Jam menunjukkan pukul 7.15 malam. Telefon bimbit diletak atas katil lantas tuala dicapai. Kunci bilik tidak lupa. Serik dirinya apabila kawan sebiliknya mengunci pintu apabila keluar dan dia menunggu sehingga jam 11 malam....  Pada awalnya, bilik tersebut dihuni oleh 4 orang puteri, namun demikian, seorang puteri berpindah UIA Gombak kerana menukar kos, manakala seorang puteri lagi dijemput oleh seorang putera.... hihihi sang puteri menamatkan riwayat seorang gadis dan menjadi seorang isteri. Semoga berkekalan hendaknya..

Malam menjelma. Usai azan isyak bergema, Effa memandang ke netbook free Hp Mini hasil langganan Streamyx. Sejak kecil dia memang sudah jatuh hati pada komputer, internet & gadjet. Malangnya wifi UIA tidak dapat disambung akibat kekurangan AP di biliknya. UIA oh UIA. Oleh hal yang demikian, dia mengambil keputusan untuk membeli pek skmm walaupun agak mahal.

Tett. Terasa getaran telefon bimbitnya. Wajahnya berseri apabila terpampang sebuah mesej daripada "SKMM Broadband 3", nama yang diberi hasil daripada ketiga-tiga contact number penjual Pek Skmm yang lain.

"Amboi, nak marah la 2..tp kan sabtu mgu pertama bank cuti gak sm dgn pej pos..Haha,awak ni,freshie lagi.rajin2 la g pejabat pos slalu wek....!"

Erkk. Tersedak Effa. Hek eleh mamat ni. 'Macam la aku tak pernah pergi pejabat pos. Huhu. Cuma jarang je...'

"Manalah sy tahu wak... sy ni bukan bisnesman cam awk.. huhu". Mesej berbalas mesej walaupun hanya dengan kelajuan 10minit per mesej.

Nama masing-masing tidak perlu diperkenalkan lagi. Nama dan nombor akaun bank sudah diberi. Ahmad Abrar bin Ahmad Marzuki. Malah dia juga sudah memberi nama dan alamat untuk proses penghantaran. Setelah beberapa mesej dibalas, barulah dia dapat tahu bahawa Abrar merupakan pelajar UIA Gombak tahun akhir sedangkan dia di UIA Kuantan tahun pertama.

.....................................................................

Tiga hari sudah dia berbalas mesej dengan Abrar, walaupun pada awalnya lebih kepada pelajaran dan pengalaman, namun semakin hari semakin rancak malah hatinya kian terpaut kepada perwatakan Abrar dan kini kelajuan mesej daripada Abrar mencecah 5 minit per mesej. Kini Effa sudah bisa melayari internet dan membuat segala aktiviti online yang tertunggak sejak masuk kampus.

Laman facebook di buka, lantas die menaip nama seorang insan yang lain dan tidak bukan Ahmad Abrar bin Ahmad Marzuki. Terpampang gambar seorang insan, yang tidaklah sekacak mana namun ada keunikan tersendiri. Effa meniliti setiap isi dan data yang terpapar. Terdapat juga akaun ayah dan ibu beliau. Ayahnya seorang researcher manakala ibunya seorang guru. Hatinya tersentuh saat tersedar bahawa Abrar hidup dalam komuniti Islam yang sebenar. Keluarganya merupakan keluarga orang alim. Ibunya bertudung labuh begitu juga dengan adik perempuannya. Laman adik-beradik abrar yang lain dibuka. Segala info mengenai Abrar disimpan dengan kemas.

Butang "Add as friend" tidak segera ditekan. Baginya, dia tidak mahu terburu-buru seolah-olah perigi mencari timba. Biarlah suatu masa nanti Abrar yang menambahnya sebagai rakan.


.....................................................................

Bersambung . . .  :)

UPDATE
*Baca lagi - Cinta Korea Part-2*