Menanti Tahun Baru & Azam Baru

Assalamualaikum :')

Tirai tahun 2012 mula menutupi sehingga celahan cahayanya tidak terkias. Mula la kedengaran sayup manja sang jiwa mendamba amanah baru yang ingin dilunaskan. Maka dengan itu terhasil sebuah azam baru. Dalam tengah kesibukan menelaah buku untuk peperiksaan yang akan datang. :')


Bagiku cukuplah tiga sahaja. Memandangkan tiga azam ini agak berat untuk dipikul dan dilunaskan. Aku tak mahu yang dikendong tak dapat, yang dikejar berciciran.....

1)  Aku tak mahu lagi merasai derita bagaimana rasanya perasaan meninggalkan solat Subuh ini. Sungguh hatiku tertekan, jiwaku menangis. Kenapa mesti aku terlajak tidur. Kadang-kadang sebab handphone habis bateri. :'( kadang-kadang disengajakan dgn menekan butang OFF pada alarm tersebut. kemudian terlenalah sehingga muncul mentari menyapa "dik oi , bangunlah dah terang ni..." . 

2)  Aku mahu setiap keluhan nafasku mengingatkan kpd engkau "wahai pencipta alam". Dan aku ingin memahami dan terokai ke dasarnya tentang erti ilmu yang sebenar. Sesungguhnya terlalu banyak ilmu yang terkandung dalam kitab suci-Mu itu...

3)  Aku tidak mahu bermain hati atau bermain jiwa-jiwa dengan insan yang belum layak untuk aku peluk (err..?). Biarlah aku hanya mencintai Dia. Kerana hanya dialah yang layak untuk kuhamparkan rasa cinta itu...

 "Perkara yang paling sedih apabila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah" .....Ibn Mas'ud.

*Doaku agar blog ini memberi sedikit ilmu dan motivasi untuk pembacanya* 

Sesekali Diuji - Bertahankah kita?

Nice - Sesekali Diuji



Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita

Mungkin selama ini kita terlupa


Bila kita ada masalah, kita akan sedih tanpa berfikir apa puncanya, mungkin sebab kita pernah buat dosa... T_T 

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Memang kita selalu macam ni,.. bila kita diberi nikmat yang melimpah ruah. Kita lupa untuk bersyukur. Dan kita akan terus lakukan dosa.. Hari-hari kita penuh dgn dosa...

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Mudah sekali kita berputus asa atas ujian yang Allah beri. Mungkin kita tak sedar yang Allah uji kita kerana mahu kita bertaubat dan kembali kepada Dia...

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Ingatlah Allah sentiasa bersama kita, biarpun kita melupakan Dia, dia tak pernah lupakan kita sedikit pun.. Dia sayang kita.. Tapi kita lebih sayangkan ciptaannya (dunia) daripada Dia sang pencipta. 


Maafkan hambamu ini ya Allah....

Semalam aku menangis bertaubat. Namun hari ini aku lakukan jua dosa yg sama... Betapa hinanya aku ini..... :'( Jangan lupakan aku ya Allah...

Semalam kau bagi aku sesuatu yang sangat berharga bagiku,.. Namun hari ini aku lupakanmu... T.T aku ingin selalu mengingatimu ya Tuhanku... 


Anakku Sayang

Kerut didahi ayah bersatu
Mempertimbang impian yang lebur
Harta pemangkin segala
Maruah dibakar selamba

Dimana anak soleh yang dahulu
Diajar ilmu, dididik iman
Berteman lunakan Al-Quran
Sebagai panji bergelar dewasa

Sedikit ujian menimpa
Selautan ilmu melimpah 
Seolah-olah kau tidak berharga
Agama sudah tidak memberi makna
Kau rasa bahagia tetapi hakikatnya derita
Bahagia yang hanya sementara
Derita yang berpanjangan di alam sana

Anakku,
Ayah sudah tidak mampu
Sudah selesai tugasku menegurmu
Jangan kau heret aku bersamamu
Segalanya terserah padamu..

:'(

Sebelum Aku bernikah



An advice for myself too. 

Knowledge - X PASS
Management - X PASS
Finance - X PASS
Maturity - X PASS

Masih belum masanya T_T

Doa Tidak Lupa

SANUQRI'UKA (terus letak tangan kanan atas kepala) FALAA TANSAA 
ILLAA MAA SYAA ALLAAH.

Jangan lupa baca selawat al Fatih. 

~Al Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll ♥




Tak tahu la kenapa minat dengan doa ni... Mungkin sebab saya selalu lupa :) jadi nak kuatkan balik ingatan.... Al-maklumlah sekarang ni minggu exam.. banyak benda nak kena ingat.    :)

“Ilmu itu cahaya dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada orang yang melakukan maksiat.”

-waki' bin al-jarrah (Guru Imam Shafie)

TIPS FINAL EXAM



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Tips nak dekat exam :)

1. Ulangkaji/ baca nota/ buat latihan.


Tanpa usaha takkan berjaya kecuali dengan izinnya. Usaha la sedaya mungkin, walaupun masa dah suntuk, namun Rasulullah pernah bersabda

"Tanamlah sebutir benih biarpun esok akan kiamat. " (bukan ayat sebenar)

Sedang di akhirat nanti kita akan ditanya, apa usaha yang telah kamu lakukan... dan bukan apa kejayaan yang telah kamu dapat? Doa tanpa usaha takkan bercambah. Usaha tanpa doa takkan berbunga. Doa dan usaha harus seiring dilakukan,..


2. Doa dan solat.



Doa itu senjata mukmin.
Sebaik-baiknya pelihara solat,. Solat yang terbaik adalah solat berjemaah dan tepat pada waktunya. Jangan rasa solat itu membuang masa. Kerana kalau kita berikan masa untuk Tuhan kita, Allah akan berikan kita masa. Masa yg kita syg sgt tu mungkin akan dibazirkan dengan masalah-masalah lain..... atau mungkin segala apa yang kita belajar tak masuk pun.. Mohonlah padanya agar memudahkan segala urusan kita semasa peperiksaan nanti dan memudahkan soalan-soalan yang bakal keluar nanti.. Kalau boleh doakan sekali untuk kawan-kawan kita yang ambil exam jugak.. Jauhkan sifat hasad tu.. Biarlah kita sama-sama mencipta kejayaan... :)


3. Minta maaf kepada ibu-bapa/ rakan-rakan/ guru-guru


Doa seorang ibu mustajab.. Usahlah malu dan segan meminta kepada kedua ibu bapamu supaya mendoakan akan kejayaanmu. Kerana pasti mereka tidak pernah lupa pun mendoakan kejayaanmu dalam setiap solat mereka. Ilmu akan berkat apabila kita menghormati guru-guru kita. Kalau kita rasa kita ada pernah mengutuk guru, atau melawan guru-guru kita, mohonlah maaf kepadanya. kerana dosa sesama insan hanya boleh diampunkan oleh orang yg kita buat salah tu.. Kadang-kadang kita juga tidak sedar telah mengguriskan hati kawan-kawan kita. Kawan yang paling rapat dengan kita itu kemungkinan besar dialah orang yang palig banyak kita lukakannya...


4. Cita-cita dan hala tuju kita


Ingatkan kembali apa cita-cita dan hala tuju kita.. Untuk apa kita hidup di bumi ini kalau bukan untuk memakmurkan bumi. Dengan menyimpan impian dan cita-cita ini, kita akan lebih bersemangat lagi untuk buat yang terbaik untuk diri kita. Adakah kita berniat untuk menjadi seorang saintis muslim dan memberi sepenuh tenaga untuk memajukan dan membangkitkan kembali kegemilangan islam yang telah dicerobohi oleh orang kafir. Mungkin juga kita bercita-cita ingin membina kapal perang sendiri bagi membantu umat islam di Palestine, Syria, Gaza, Rohingya dan mana-mana orang islam yang ditindas. Kita perlukan internal force to success. So how ? HIGH DETERMINATION. Trust me. Persons who have high determination, they will succeed.


Selamat berjuang :) Doakan saya juga ya ! 

Mimpi kalau menjadi kenyataan~~

Mimpi kalau menjadi kenyataan,, memang indah! (kalau mimpi indah-indah belaka)

Sejak akhir-akhir ni mimpi seorang insan. Dia kerap kali hadir dalam lena dengan membawa khabar-khabar gembira. Mimpi yang dia tulis status / post to my wall apa-apa laa. bila tersedar tu cepat-cepat la cek facebook tp xde pape pun. ahhaha. pelik kan. mmg xpernah pun mimpi kat orang lai mcm tu ~~~

ni dah macam angau sgt sampai bawa dalam mimpi.. hehe


mimpi datang daripada syaitan. Kadang-kadang mimpi ni tolong kita kejut subuh. hehe.

Tawaran PPBU Bank Rakyat

Alhamdulillah... tak tahu nak cakap, tp mmg sgt gumbira!



Bahagia rasa. Cuma melalui pengalaman kakak saya, (pernah dapat tawaran tetapi tolak atas sebab2 tertentu) .... PPBU Bank Rakyat ni banyak syarat dan prosedur... saya cuba mencari syarat khusus dan lain-lain hal berkaitan PPBU Bank Rakyat ni, namun tidak mendapat keputusan yang positif daripada Makcik Google. Mungkin memory die dh loose  kot.

Hehe. apa-apa pun kene la tunggu surat sampai ke rumah....
Sekarang musim exam. rasa lg smgt nak buat yang terbaik untuk masa hadapan kerana -- salah satu syaratnya tak boleh kahwin. T.T nikah boleh ke?

Apa yang aku boleh target adalah untuk dapat First Class Honour. 3.60-4.00.... supaya pinjaman menjadi biasiswa.... insha allah


hurm. anyway thanks to Allah....... this is the best gift for me,.. how i could say thanks to u.... i will be the best muslimah. InsyaAllah. Love never end till jannah. Amin..

Doa tanda sayang..

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Tidaklah sesukar mana untukku memberikan keputusan
Kerana daripada aku terjatuh ke dalam kesamaran
Lebih baik aku merebut yang jelas di depan mata
Tidak mengapa terlepas, kerana itu tandanya bukan kehendak-Nya

via someone

Jodoh pertemuan milik Tuhan.  ^^,


Sahabat Dunia Akhirat

I never knew the meaning of friendship till i realize how hard it would be without you all <3 
zati, ash, pqah, peha, zati hassan, kema, una, husna, aten, syera, lina & alin...


Sejak sekolah rendah, aku tidak ada kawan baik. Bukan tiada yang menganggap aku kawan baik, tetapi diri aku sendiri yang tidak menganggap mereka kawan baik (bukan bermaksud mereka kawan yg tidak baik). Aku tidak selesa, malah rasa pelik jika terlalu rapat sehinggakan kemana-mana berteman. Mindaku terdidik sejak kecil agar berdikari dan tidak bergantung pada orang lain. Oleh itu, aku sentiasa keseorangan, malahan aku juga rasa malas menemani mereka kerana mereka lambat. Masa itu amat berharga bagiku. Aku juga tidak suka menunggu orang.

Begitu juga di sekolah menengah rendah. Aku bertukar sahabat sewaktu form2. Aku juga pelik bagaimana aku boleh membuang seorang insan yang dulu aku selalu bersamanya. Hal ini tidak disedari aku sehinggakan insan itu meluahkan rasa kpd aku. nad, kimi, asma, hajar, nina, zulfa, zatyl.. You all are great. I miss you. 

Kemudian aku sambung belajar di mrsm. Aku tiada rakan akrab. T.T waktu ni baru aku sedar yang aku perlukan teman. Thanx to izz sudi jadi teman aku <3 N tlg aku mcm2. waktu ni la aku mula belajar erti sabar. kerana izz seorang yang tidak boleh tidak berteman. kemana-mana pasti inginkan teman.... dan aku mula berlatih ber"teman". Dan waktu ini aku bukanlah seorang yg baik. Aku tidak tahu kenapa aku mudah dipengaruhi perasaan cemburu, benci dan terpengaruh dgn kata-kata orang. Kini aku kesal.

Masuk ke asasi, aku hanya rapat dengan kawan-kawan sekelasku. Tidak dikira kawan akrab tetapi geng. Hanya mereka aku kenali... Aku bukan seorang yang peramah. Malah roomate aku ada seorang sahaja. Dan di sem-2 dia telah berpindah belajar di tempat lain. Tinggal la aku keseorangan kucar kacir. Waktu ni aku hanya menumpang ihsan daripada rakan Mrsm aku dulu.... ika.  You are to kind. Thx for everything. including her roommates, ruby and emy :) Di sem 3 pula aku roomate dengan zati n meet 2 new friends. Afaf & Wanis. Diorang ajar aku erti kelembutan. bagaimana untuk menyayangi dan menghargai seorang rakan. they both are awesome. very friendly and wonderful + beautiful. 

And now, in degree, are the amazing part of my life. From them, i changed myself a lot. To be a professional muslimah. Mereka mengingatkan aku tentang Allah, tentang Rasulullah, tentang pelajaran. They all are perfect. Cukup sempurna dalam hidup aku. Mereka ajar aku erti sahabat. erti sahabat sejati yang saling menyayangi dan menghargai .... mereka juga sering memberi nasihat dan teguran berhikmah. Walaupun mereka juga mengajarku erti ke'best'an drama korea.. haha but its okay ! 


you are amazing + awesome + wonderful
zati, ash, pqah, peha, zati hassan, kema, una, husna, aten, syera, lina & alin...


Sahabat sejati adalah sahabat yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 
Aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang baik yang sentiasa mengingatkanku erti ketaqwaan. Hanya Allah yang boleh membalas jasa dan pengorbanan kalian. jzk.




No One Part-1

Presenting my cerpen (amateur) ~~~ enjoy. NO ONE.


Sahel memerhati dari jauh langkah kaki seorang muslimah. Ekor matanya tak lepas daripada menatap wajah indah insan istimewa itu, Saffiyah Al-Zahrah. Santun pekerti yang dimiliki bisa menawan mana-mana hati yang kosong.

Tersentap dia apabila gadis itu berpaling ke arahnya. Segera dia memalingkan mukanya sambil beristighfar. "Astagfirullahalazim... dia belum menjadi milikku...", lantas kakinya melangkah terus ke dewan kuliah. Hari-harinya dilalui dengan penuh cermat dan teliti. Ilmu yang diajar segera dipahat dalam hati. Amal soleh dikejar untuk mencari keredhaan Ilahi.

Dalam keseronokan menimba ilmu, tidak sedar yang kini dia sudah dalam tahun tiga. Hatinya terusik sekali lagi apabila perasan seorang insan yang berjalan dihadapannya adalah insan yang pernah menggugat imannya satu masa dahulu. Kini dia tekad untuk mengambil gadis itu sebagai suri hidupnya..

"Assalamualaikum.", salam diberi dari belakang.

"Waalaikumussalam, ada apa ya saudara?", lembut tutur dan senyuman yang ikhlas diberikan. Sejak kecil dia dididik oleh umminya agar sentiasa husnus zon (bersangka baik) kepada orang lain. Jiwanya telah disemai dan dibajai dengan perasaan kasih dan cinta kepada sahabat-sahabat. Hatinya terlalu lembut sehinggakan dia sanggup mengutamakan orang lain terlebih dahulu daripada dirinya sendiri. 

"Maafkan saya saudari, saya sebenarnya... " kata-kata Sahel terhenti. Dia malu dengan dirinya sendiri yang memasang angan-angan untuk membina baitul muslim dengan seorang bidadari dunia yang tidak setara dengan dirinya.

Saffiyah hanya memandangnya dengan senyuman. Dia tidak dapat membaca apa yang ingin dikatakan Sahel. Oleh itu, dia hanya menanti pemuda dihadapannya meneruskan bicara.

"Saya sebenarnya ingin bertanya adakah saudari sudah berpunya?", dengan susah payah kata-kata itu dilafaz akhirnya.

Hati Saffiyah terusik. Bukan dia tidak biasa ditanyakan hal sebegitu, namun kali ini dia agak terkejut dan tidak terlintas bahawa seorang insan soleh yang selama ini selalu juga menjadi imamnya di masjid menegurnya. Bacaan merdu Al-quran Sahel menjadikan solatnya lebih khusyuk dan bersemangat. Dia amat kagum dengan anugerah yang Allah berikan kepada pemuda dihadapannya itu.

Dengan penuh rendah diri, Saffiyah berkata, "Nurwan.".

Sahel hanya mampu bertasbih dan bertahmid memuji Allah. Terlintas di benak wajah sahabat baiknya, Nurwan Shah. Gejolak dan perasaan yang menendang-nendang pintu kekecewaan dan kemarahan dikawal kemas. Mungkin dia bukan insan yang terbaik untukku, pujuk hati Sahel. Dia bersedia untuk pergi dari situ.

"Terima kasih. Assalamualaikum", ucapnya tanpa menunggu balasan salam Saffiyah Al-Zahrah. Segera ditinggalkan hatinya dan jasadnya. Dia tidak mahu memutuskan hubungan silaturrahim hanya kerana inginkan sesuatu. Segera dia berdoa agar mereka bahagia ke akhir hayat.


--------------------------------------------------

Dalam bilik, Saffiyah berteleku di atas sajadah. Fikirannya jauh memikirkan peristiwa petang tadi. Adakah bermaksud Sahel menyimpan hati padanya atau ingin melamarnya ? Hatinya berbunga. Segera dia berdoa agar sekiranya benar Sahel itu jodohnya yang tercatat di Luh Mahfuz, satukanlah hati-hati mereka. Setiap hari tidak putus Sahel dalam doanya.


--------------------------------------------------

Tikar sejadah dilipat. Jubah putih yang baru digosok, digantung. Esok ada Kuliah Tafsir oleh Ustaz Mohd Irfan. Dia berazam untuk melupakan Saffiyah dan redha bahawa dia bukan untuknya. Doa dan bacaan Al-Mulk mengiringi tidurnya. Dia mahu hari esok lebih bahagia daripada hari ini.


--------------------------------------------------

"Sahel, mak bangga dengan kamu. Mak redha dengan kamu.", segera Sahel memeluk ibu kesayangannya, Pn Rabiah.

"Sahel sayang mak sangat. Mak adalah ibu yang terbaik dan terbest sekali.", Pelukan dibalas. Suasana riuh rendah di majlis konvokesyen itu menenggelamkan suara mereka berdua. Perbualan mereka menjadi rahsia antara mereka berdua sahaja.

Dikejauhan, ada mata yang memandang babak gembira itu. Doa segera disampaikan buat pemilik sijil itu.

--------------------------------------------------
Bersambung ~~~~ 



Cinta Ke Syurga


Kalau dia membawa kau kepada mengingati Allah, maka simpankan hajatmu kuat-kuat supaya bertambah rasa cinta kepada Allah... Jangan kau pamerkan rasa cinta itu dihadapannya, tapi kau serulah namanya dalam doamu, agar dia terus mencintai Allah.. Supaya tidak putus rasa cintamu kepadaNya...